redONE Mobile lancar redplan ROAM48: Satu pelan, tiga negara, perantauan percuma RM48 sebulan

redONE Mobile lancar redplanROAM48 sebulan.
redONE Mobile lancar redplanROAM48 sebulan.
A
A
A

redONE Mobile jenama dengan penyediaan rangkaian berkelajuan tinggi mampu milik, kini melangkaui sempadan dengan memperkenalkan pelan terbaharunya redplanROAM48.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile Ameen Amaendran berkata, pelan pascabayar baharu itu menawarkan yuran langganan RM48 sebulan lengkap dengan 250 GB internet, panggilan tanpa had serta 10 GB internet perantauan percuma.

"Pelan ini direka khas untuk pengembara, individu yang kerap berulang-alik merentasi sempadan serta rakyat Malaysia yang sering ke Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Dalam era di mana percutian singkat dan perjalanan kerja merentasi sempadan menjadi kebiasaan, sambungan internet tidak seharusnya terhenti di Tambak Johor atau sebaik sahaja tiba di negara lain," katanya ketika memperkenalkan pelan tersebut dalam satu majlis eksklusif di sini yang dihadiri oleh rakan niaga redONE Mobile.

Ujarnya, dengan redPLANROAM48 pelanggan boleh kekal berhubung dan menikmati akses internet yang lancar di Singapura, Indonesia dan Thailand sama ada untuk urusan kerja, mencari arah di bandar baharu atau berkongsi kisah perjalanan dengan keluarga dan rakan, semuanya tanpa caj tambahan tersembunyi hanya pada RM48 sebulan.

"Pengguna masa kini mengharapkan sambungan yang lancar dan mudah disesuaikan dengan gaya hidup mereka, walaupun ketika berada di luar negara.

"Melalui redPLANROAM48, redONE Mobile memudahkan pengalaman perantauan dan pada masa yang sama, mengekalkan komitmen kami untuk menawarkan rangkaian berkualiti tinggi pada harga mampu milik untuk semua.

"Pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran semasa melancong kerana mereka kekal berhubung tanpa perlu menukar kad SIM atau risau tentang caj tambahan yang tidak dijangka,” katanya.

Pelancaran berkenaan merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha redONE Mobile untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih bernilai dan relevan dengan gaya hidup serta keperluan pengguna mudah alih masa kini yang sentiasa berubah mengikut trend semasa.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan yang berminat untuk melanggan pelan redplanROAM48 atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi atau tawaran lain boleh mengunjungi mana-mana kedai redONE Mobile di seluruh negara atau layari redonemobile.com.my.

 

Ringkasan AI

  • redONE Mobile memperkenalkan pelan terbaharu redplanROAM48
  • Pelan tersebut menawarkan yuran langganan RM48 sebulan dengan 250 GB internet, panggilan tanpa had dan 10 GB internet perantauan percuma
  • Direka khas untuk pengembara, individu yang kerap merentasi sempadan dan rakyat Malaysia yang sering ke Singapura, Indonesia dan Thailand
  • Pelanggan boleh menikmati akses internet lancar di Singapura, Indonesia dan Thailand tanpa caj tambahan tersembunyi
  • Pelancaran redplanROAM48 adalah langkah penting bagi redONE Mobile untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan gaya hidup pengguna moden

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!