[VIDEO] Takiyuddin persoal tiada soalan pembangkang dibaca ketika PMQT

A
A
A

KUALA LUMPUR – Pembukaan sidang Dewan Rakyat pada Selasa sedikit tegang apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) mempersoalkan sebab tiada soalan daripada blok pembangkang dibacakan ketika sesi Pertanyaan kepada Perdana Menteri (PMQT).

Menjawab perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan, hanya satu soalan diterima daripada pihak pembangkang sebelum tarikh tutup penyerahan, berbanding lapan soalan daripada blok kerajaan.

"Untuk makluman sehingga masa penyerahan ditutup, pembangkang hanya menghantar satu soalan, manakala pihak kerajaan menghantar lapan.

"Saya meneliti semua soalan berkenaan dan mendapati soalan daripada pembangkang sebenarnya sudah dijawab pada 29 dan 30 Oktober lalu.

"Lain kali, hantarlah dua atau tiga soalan. Jangan 'ikat tangan saya'. Kalau hanya satu soalan dihantar, sudah tentu saya akan pilih daripada pihak yang menghantar lebih banyak," katanya.

Sidang Dewan Rakyat sedikit tegang apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) mempersoalkan sebab tiada soalan daripada blok pembangkang dibacakan
Sidang Dewan Rakyat sedikit tegang apabila Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) mempersoalkan sebab tiada soalan daripada blok pembangkang dibacakan

Johari turut mencadangkan agar Ahli Parlimen pembangkang mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu yang dibangkitkan menerusi sesi Jawatankuasa Pilihan Khas yang dijadualkan bersidang pada 12 November.

"Dalam jawatankuasa itu nanti, semua Ketua Setiausaha (KSU) dan wakil kementerian berkaitan akan hadir untuk memberi penerangan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi lebih baik pembangkang dapatkan penjelasan terus di sana," tegasnya.

 

Ringkasan AI

  • Ketua Whip Pembangkang mempersoalkan kenapa soalan dari blok pembangkang tidak dibacakan di sidang Dewan Rakyat
  • Hanya satu soalan dari pembangkang diterima sebelum tarikh tutup penyerahan berbanding lapan dari pihak kerajaan
  • Soalan pembangkang tersebut telah dijawab pada 29 dan 30 Oktober lalu
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat menyarankan pembangkang hantar lebih soalan pada masa akan datang
  • Johari mencadangkan pembangkang mendapatkan penjelasan lanjut melalui Jawatankuasa Pilihan Khas pada 12 November

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!