Dua maut, pesawat ringan terhempas di Florida

WASHINGTON - Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.
Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu.
Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.
Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya. - Bernama
Ringkasan AI
- Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida
- Pesawat tersebut dalam penerbangan ke Jamaica untuk misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa
- Kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan dua individu maut dalam kejadian itu
- Taufan Melissa melanda Jamaica, menyebabkan banjir besar dan kerosakan terhadap infrastruktur
- Taufan tersebut turut melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
