Mahkamah benar Sarkozy keluar penjara selepas 3 minggu sementara tunggu rayuan

 Nicolas Sarkozy
Nicolas Sarkozy
A
A
A

PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dibenarkan keluar dari penjara dan menjalani hukuman penjara lima tahun di bawah pengawasan kehakiman sementara menunggu rayuannya dalam kes konspirasi jenayah, menurut keputusan mahkamah rayuan Paris pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mahkamah rendah mensabitkan Sarkozy pada September kerana mengambil bahagian dalam organisasi jenayah berhubung dakwaan kewangan kempen daripada bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi.

Lelaki berusia 70 tahun itu diperintahkan melapor diri ke penjara pada 21 Oktober walaupun pasukannya telah memfailkan rayuan serta-merta terhadap sabitan itu, dan beliau telah menghabiskan tiga minggu lalu di Penjara La Sante di Paris.

Sarkozy memohon pembebasan bersyarat sejurus selepas mula menjalani hukumannya. Di Perancis, peruntukan itu terpakai bagi banduan berusia 70 tahun ke atas, membolehkan mereka menjalani hukuman di luar penjara tertakluk kepada syarat tertentu.

Kes berkaitan Libya itu berpunca daripada dakwaan bahawa kempen presiden Sarkozy pada 2007 menerima dana haram daripada rejim Gaddafi.

Walaupun Mahkamah Jenayah Paris tidak menemui bukti dana kempen haram, mahkamah itu menyimpulkan bahawa ahli politik konservatif yang juga sekutu rapat Gaddafi itu sekurang-kurangnya telah berusaha mendapatkan dana daripada pemimpin Libya tersebut. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Nicolas Sarkozy dibenarkan keluar dari penjara dan menjalani hukuman di bawah pengawasan kehakiman sementara menunggu rayuan
  • Beliau mensabitkan dalam kes konspirasi jenayah berhubung dana kewangan kempen dari Muammar Gaddafi
  • Sarkozy melapor diri ke penjara sebelum ini dan telah menghabiskan tiga minggu di Penjara La Sante, Paris
  • Pembebasan bersyarat diperoleh memandangkan usianya yang melebihi 70 tahun membolehkan hukuman di luar penjara dengan syarat
  • Dakwaan terhadap beliau adalah menerima dana haram untuk kempen presiden pada tahun 2007 dari rejim Gaddafi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!