Polis rampas 1.4 tan metrik daun ketum di tapak pembinaan

Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam. Gambar hiasan
Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Bunga hasil maklumat orang awam pada kira-kira jam 8 malam.

"Ketika rondaan dijalankan, anggota polis menemukan sebuah van jenis Toyota berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam di dalam kenderaan itu yang disyaki mengandungi daun ketum," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut selepas membuka bahagian belakang kenderaan itu menemukan sejumlah besar bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 1,400 kilogram.

Mohd Haki berkata, kenderaan dengan semua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut dan pihaknya kini sedang mengesan pemilik sebenar barang terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis merampas 1.4 tan metrik daun ketum di dalam van di Tanah Merah
  • Rampasan berdasarkan maklumat orang awam
  • Van mencurigakan ditemukan di tapak pembinaan
  • Daun ketum disembunyikan dalam bungkusan plastik hitam
  • Pihak polis sedang mengesan pemilik barang rampasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!