PRN Sabah: Pemilihan calon PKR lalui satu proses teliti, bukan calon pinjaman

Jamawi (dua dari kanan) diumumkan sebagai calon DUN Melalap pada PRN Sabah kali ini.
Jamawi (dua dari kanan) diumumkan sebagai calon DUN Melalap pada PRN Sabah kali ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sokongan daripada peringkat akar umbi sekali gus menolak dakwaan calon 'payung terjun' dan akhirnya membawa kepada pengumuman antara 10 calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Ahad.

Malah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar tidak melihatnya ia sebagai calon 'pinjaman' sebaliknya pencalonan itu melalui satu proses yang panjang dan teliti serta perundingan daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).

"Seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Amiruddin tadi, proses pemilihan calon begitu teliti dan ia melibatkan perundingan dengan semua pihak dan saya merasakan itulah perundingan-perundingan terakhir dengan semua pimpinan di peringkat GRS dan PH dan itulah keputusannya.

"Semua dengan sukarela dan juga perundingan yang cukup baik sekali dan bagi diri saya, saya lebih suka dengan adanya perundingan sedemikian maka tidaklah menimbulkan tohmahan dan juga sangkaan jahat daripada pihak-pihak tertentu," katanya ketika ditanya jika pemilihan itu ditafsirkan sebagai satu pengkhianatan kepada GRS.

Beliau berkata demikian selepas namanya diumum sebagai calon bagi kerusi DUN Melalap untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Sementara itu, bagi calon DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa menyifatkan pencalonan tersebut sebagai satu kejutan kepadanya.

"Ini kejutan, saya rasa saya perlu berikan penghargaan kepada ketua cabang atas sokongan beliau. Ia menunjukkan pandangan jauh dan visi untuk membangunkan Sindumin yang lebih baik pada masa hadapan.

"Saya berasa sangat berbesar hati kerana ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk saya pikul ke hadapan. Kita hanya boleh bergerak maju jika kita bekerjasama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sokongan akar umbi menolak dakwaan calon 'payung terjun' menjurus kepada pengumuman 10 calon oleh Perdana Menteri
  • Pencalonan Datuk Jamawi Jaafar untuk DUN Melalap adalah hasil proses panjang dan teliti serta perundingan dari GRS dan PH
  • Proses pemilihan calon melibatkan perundingan teliti dengan semua pihak yang dijangka mengurangkan tohmahan dan sangkaan jahat
  • Datuk Jamawi Jaafar diumum sebagai calon bagi kerusi DUN Melalap untuk Pilihan Raya Negeri
  • Datuk Yamani Hafez Musa menyifatkan pencalonannya sebagai calon DUN Sindumin sebagai kejutan dan tanggungjawab besar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!