X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lagi kematian di Kelantan

Kes kematian ke-20 itu merupakan kes ke-780 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling- GAMBAR HIASAN
A
A

PUTRAJAYA - Kelantan mencatatkan kematian kedua akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, mangsa merupakan pesakit Covid-19 ke-780 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.

"Dia berusia 76 tahun dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 18 Mac lalu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.35 petang tadi," katanya.

Menurutnya, dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kematian sebanyak 20 kes. "KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya.

Sabtu lalu, negeri itu mencatat kematian pertama melibatkan kes kluster tabligh. Pesakit yang berumur 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu sekitar jam 4 petang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus