Remaja lemas ditemui pada kedalaman 5 meter ketika mandi sungai

Mayat mangsa ditemui pasukan PPDA bomba selepas dilaporkan lemas di sungai di Kampung Kimonsi kampung botung, Tamparuli, Tuaran.
Mayat mangsa ditemui pasukan PPDA bomba selepas dilaporkan lemas di sungai di Kampung Kimonsi kampung botung, Tamparuli, Tuaran.
A
A
A

TUARAN - Mayat seorang remaja lelaki ditemukan di dalam dasar selepas dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Kimonsi kampung botung, Tamparuli, di sini, Jumaat.

Randell Junior Rony, 16, ditemui sekitar 10 meter dari dia dilaporkan hilang pada jam 9.15 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 6.05 petang.

No Image Caption

Katanya, seramai empat anggota bersama unit PPDA Zon Kota Kinabalu dikejar ke lokasi yang terletak sejuah 13 kilometer dari BBP Tuaran.

"SAR hari pertama dilakukan namun mangsa tidak ditemui sebelum operasi disambung semula hari ini.

"SAR hari kedua bermula jam 6.50 pagi dengan kaedah pencarian permukaan atas air dan pada jam 9.15 pagi, mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman lima meter oleh pasukan PPDA," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, mayat mangsa dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.30 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat remaja lelaki ditemukan di dasar sungai di Kampung Kimonsi, Tamparuli, Tuaran
  • Randell Junior Rony, 16, ditemui 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang oleh Pasukan Penyelamat Di Air
  • Pihak bomba menerima panggilan tentang kehilangan Randell pada jam 6.05 petang
  • Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan dengan bantuan empat anggota dan unit PPDA Zon Kota Kinabalu
  • Operasi mencari dan menyelamat berakhir dengan penemuan mayat pada kedalaman lima meter di dasar sungai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!