[VIDEO] Perkataan 'touch-touch' kepada Zara Qairina hanya gertakan - Saksi

A
A
A

KOTA KINABALU - Saksi ke-40 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa perkataan yang dikeluarkan terhadap Allahyarhamah oleh kakaknya hanya gertakan dan tidak menyentuh mana-mana pelajar junior dalam satu kejadian di sebuah bilik asrama pada April lalu.

Menurut saksi yang juga kanak-kanak ke-31 itu, tujuan Zara Qairina datang bertemu dia dan rakannya adalah untuk meminta maaf mengenai surat mengandungi kata-kata 'body shaming' terhadap rakannya itu.

"Kata-kata ini merupakan 'Sok-sok orku' yang bermaksud menyindir seseorang yang ’perasaan kuat’. Saksi berkata semasa Zara minta maaf, dia tidak tahu sama ada Zara yang menulis surat tersebut.

"Tetapi saksi pasti ada juga seorang pelajar junior lain terlibat menulis surat tersebut. Ketika kejadian, saksi juga melihat pelajar senior Tingkatan Empat melewati dorm tersebut dan bertanya kepada saksi apa yang berlaku.

"Saksi menerangkan tentang surat tersebut dan tujuan Zara meminta maaf. Selepas itu, seorang pelajar senior menjerit memanggil pelajar junior lain yang dikaitkan dengan surat tersebut. Saksi nampak pelajar senior Tingkatan Empat menasihati Zara dan pelajar junior tersebut agar tidak mengulangi perbuatan itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Mohd Syarulnizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Mohd Syarulnizam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Katanya lagi, saksi berkata, tidak lama kemudian, kakaknya iaitu seorang pelajar senior Tingkatan Empat lalu di kawasan itu dan bertanya tentang kejadian itu.

"Setelah dimaklumkan, kakak saksi mengeluarkan kenyataan kepada Zara 'Kau ni ah kalau aku touch kau ni habis kau'. Para pelajar senior lain membawa pelajar senior tersebut keluar untuk sabarkan beliau. Pada ketika itu, saksi nampak Zara kelihatan takut tetapi tidak menangis.

Artikel Berkaitan:

"Saksi berkata ayat tersebut cuma gertakan dan kakak saksi tidak ada menyentuh mana-mana pelajar junior. Menurut saksi, maksud 'touch touch' ini adalah seperti 'dia macam akan pukul orang itu'," katanya.

Mohd Syarulniezam berkata lagi, saksi memberitahu bahawa dia tahu Zara Qairina ada menulis surat mengenainya dari rakan pelajar senior Tingkatan Dua lain.

"Saksi kata dia ada jumpa surat itu tetapi tidak ingat apa isi kandungan surat tersebut. Saksi berkata pada malam itu, keadaan pelajar senior itu 'okay saja' dengan Zara, dan mereka tegur Zara secara baik.

"Tetapi saksi juga bersetuju pada masa itu ada seramai sembilan pelajar senior Tingkatan Dua dan Empat dalam bilik yang sama bersama Zara dan seorang pelajar junior tersebut. Saksi berkata dia tidak pernah dengar Zara ada menyindir saksi.

"Dia juga tidak tahu mengenai tuduhan Zara pernah menulis kata-kata ejekan kepada saksi. Saksi berkata selepas kejadian itu, hubungan dia dengan Zara ‘okay saja’ dan Zara ada tersenyum dengan saksi bila mereka berjumpa.

"Saksi setuju ada pelajar senior Tingkatan Dua yang tidak suka terhadap Zara Qairina tetapi dia tidak tahu siapa pelajar tersebut," katanya.

Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Ringkasan AI

  • Saksi ke-40 menyatakan kata-kata daripada kakaknya kepada Allahyarham Zara Qairina hanya gertakan dan tiada kekasaran fizikal
  • Tujuan Zara Qairina bertemu saksi dan rakan adalah untuk meminta maaf atas surat yang mengandungi kata-kata 'body shaming'
  • Saksi tidak pasti siapa penulis sebenar surat tersebut tetapi yakin ada pelajar junior lain terlibat
  • Kakak saksi mengeluarkan kenyataan gertakan kepada Zara namun tidak menyentuhnya
  • Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai dan meninggal dunia hari berikutnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!