Tiga lelaki disyaki terlibat kes samun berkawan ditahan

Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkawan tanpa senjata di sebuah taman permainan di Taman Delima, di sini Selasa lalu. Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkawan tanpa senjata di sebuah taman permainan di Taman Delima, di sini Selasa lalu. Gambar hiasan
A
A
A

KLUANG – Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun berkawan tanpa senjata di sebuah taman permainan di Taman Delima, di sini Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun berhubung perkara berkenaan pada jam 12.50 tengah malam.

“Susulan laporan tersebut, tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang berjaya menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 28 hingga 46 tahun hasil serbuan di sebuah restoran di Taman Intan, pada jam 1 tengah hari Rabu.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo yang dianggarkan bernilai RM1,300 dan disyaki milik mangsa samun tersebut,” katanya.

Tambah Bahrin, semakan rekod jenayah lampu mendapati suspek pertama dan kedua didapati mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan narkotik sementara suspek ketiga tidak ada memiliki sebarang rekod.

Katanya, saringan ujian air kencing kesemua suspek juga didapati negatif daripada sebarang pengaruh penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebatan.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun yang dilaporkan dan mereka direman selama tujuh hari mulai Khamis hingga Rabu bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (talian terus), 07-7766822 (hotline) dan 014-3656822 (tablet DCC),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam samun berkawan di Taman Delima, Kluang
  • Polis menerima laporan daripada seorang lelaki nilai mangsa pada 12.50 tengah malam
  • Suspek yang berusia antara 28 hingga 46 tahun ditangkap di sebuah restoran di Taman Intan
  • Dalam serbuan, polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo milik mangsa
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!