Lebih 1.21 hektar hutan di Bukit Taman Seri Timah terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran hutan di bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.
A
A
A

BALAKONG – Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah di sini pada Khamis.

Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 7.02 malam

"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta bantuan BBP Seri Kembangan, BBP Serdang serta dua Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.
Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah, pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7.25 malam mendapati kebakaran melibatkan hutan di atas bukit berkenaan.

"Anggota bomba sedang melakukan pemadaman di lokasi kejadian," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebakaran hutan berlaku di Bukit Taman Seri Timah, Balakong seluas 1.214 hektar
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam
  • 14 anggota bomba dan pegawai dari beberapa balai bergerak ke lokasi kejadian
  • Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7.25 malam
  • Anggota bomba sedang melakukan pemadaman kebakaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!