Gol awal JDT 'matikan' rentak Shanghai Shenhua

Kapten JDT, Natxo Insa (kanan), cuba mengekang pergerakan pemain Shanghai Shenhua. - foto Johor Southern Tigers
Kapten JDT, Natxo Insa (kanan), cuba mengekang pergerakan pemain Shanghai Shenhua. - foto Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky mengakui gol awal Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengubah keseluruhan rentak permainan skuad kendaliannya sehingga tewas 1-3 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Menurut Slutsky, jaringan pembukaan skuad Harimau Selatan seawal minit ketiga itu telah membuka ruang kepada pemain JDT yang untuk terus membolosi pintu gol mereka.

"Gol pertama itu merupakan kesilapan kami sendiri, tetapi kami tidak mahu mencari alasan mengenainya.

“Gol pertama itu juga menjadi detik paling penting dalam perlawanan kerana selepas itu, kami terpaksa bermain dengan corak menyerang dan ia telah memberi ruang kepada pemain lawan yang sangat berkemahiran tinggi.

"Kami cuba mencipta peluang untuk menyamakan kedudukan, namun percubaan yang dilakukan gagal menghasilkan jaringan," katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Tambah Slutsky, gol pertama JDT bukan berpunca daripada kehilangan fokus, sebaliknya kehebatan pemain nombor 42 (Arif Aiman Mohd Hanapi) yang disifatkannya antara pemain paling berbakat dalam kejohanan berprestij itu.

“Ia bukan soal hilang tumpuan, tetapi kerana pemain nombor 42 itu sangat berkemahiran tinggi, mungkin pemain paling berbakat dalam ACLE.

"Tahun lalu dia sudah membuat perbezaan dan tahun ini dia masih menjadi pembeza. Ia menyakitkan, ya tetapi kami terima hakikat itu,” katanya.

Sementara itu Slutsky turut mengakui bahawa JDT merupakan antara pasukan terbaik dalam kumpulan mereka dan beraksi di laman pasukan juara Malaysia itu merupakan cabaran paling sukar dalam saingan kali ini.

Artikel Berkaitan:

“JDT adalah salah satu pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan kami, dan bermain menentang mereka di tempat sendiri mungkin perlawanan paling sukar dalam ACLE kali ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • Pengendali Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky mengakui gol awal Johor Darul Ta'zim telah mengubah keseluruhan rentak permainan
  • Jaringan pembukaan JDT pada minit ketiga membuka ruang kepada pemain JDT untuk terus mencetak gol
  • Slutsky menyatakan gol pertama merupakan kesilapan sendiri namun tidak mahu mencari alasan
  • Arif Aiman Mohd Hanapi, pemain nombor 42 JDT dinyatakan sebagai pemain paling berbakat dalam saingan ACLE
  • Slutsky mengakui JDT merupakan antara pasukan terbaik dalam kumpulan mereka dan beraksi di laman pasukan juara Malaysia itu merupakan cabaran sukar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!