Kemenangan JDT hasil taktikal berkesan - Munoz

Sebahagian pemain JDT meraikan kejayaan ke atas Shanghai Shenhua. - foto Johor Southern Tigers
Sebahagian pemain JDT meraikan kejayaan ke atas Shanghai Shenhua. - foto Johor Southern Tigers
A
A
A

KEMENANGAN 3-1 skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas kelab China, Shanghai Shenhua pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Rabu adalah hasil taktikal berkesan dan semangat juang tinggi ditonjolkan para pemain.

Pengendali skuad JDT, Xisco Muñoz berkata, pemain juga dilihat beraksi dengan penuh disiplin, mempamerkan 'karakter' masing-masing.

"Bagi saya, ia satu kemenangan besar dan saya sangat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan para pemain.

"Mereka telah berjuang dan mereka menunjukkan rentak serta kapasiti yang luar biasa. Mereka bermain dengan sangat baik,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Jonathan Silva meledak dua gol bagi membantu kemenangan JDT. - foto Johor Southern Tigers
Jonathan Silva meledak dua gol bagi membantu kemenangan JDT. - foto Johor Southern Tigers

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melonjak pada kedudukan kedua Kumpulan A Wilayah Timur dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas sekali setelah mengharungi empat perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Munoz turut memuji aksi mantap dipamerkan Jonathan Silva yang menjaringkan dua gol hingga terpilih selaku pemain terbaik perlawanan.

Munoz berkata, kehadiran Jonathan pada perlawanan berkenaan nyata memberikan impak tersendiri.

Artikel Berkaitan:

“Saya sangat gembira untuk Jonathan dan dia mahu menghadiahkan detik ini kepada penyokong, kepada semua yang bekerja bersamanya setiap hari, kepada keluarganya, dan kepada anda semua.

"Oleh itu, penting untuk kita mengekalkan konsistensi permainan serta kekuatan struktur pasukan bagi memastikan JDT terus kukuh pada perlawanan-perlawanan akan datang," katanya.

Ringkasan AI

  • Kemenangan 3-1 skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas kelab China, Shanghai Shenhua adalah hasil taktikal berkesan dan semangat juang tinggi pemain
  • Pengendali skuad JDT, Xisco Muñoz memuji disiplin dan 'karakter' pemain
  • Kemenangan ini meningkatkan kedudukan JDT ke posisi kedua Kumpulan A Wilayah Timur dalam Liga Juara-Juara Asia Elit
  • Jonathan Silva menjaringkan dua gol dipuji dan dianggap sebagai pemain terbaik perlawanan
  • Muñoz menekankan pentingnya konsistensi dan kekuatan struktur pasukan untuk kejayaan JDT pada perlawanan akan datang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!