Pencemaran Sungai Johor: Empat lagi laporan polis diterima

Keadaan Sungai Johor yang berwarna putih susu tercemar akibat daripada aktiviti perlombongan di Kota Tinggi, Johor. - Kredit foto Facebook ADUN Skudai Marina Ibrahim
Keadaan Sungai Johor yang berwarna putih susu tercemar akibat daripada aktiviti perlombongan di Kota Tinggi, Johor. - Kredit foto Facebook ADUN Skudai Marina Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lagi empat laporan polis diterima membabitkan pencemaran Sungai Johor di Kota Tinggi yang didakwa menjejaskan bekalan air kira-kira 1.8 juta isi rumah, selain 150 nelayan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan tersebut diterima daripada pemilik lombong dan tiga laporan daripada penduduk kampung berdekatan.

"Ini menjadikan tujuh laporan polis sudah diterima setakat ini sejak 31 Oktober sehingga semalam (Selasa).

"Sebelum ini, tiga laporan polis dibuat syarikat pengendali air, Ranhill SAJ Sdn Bhd dan dua lagi daripada penduduk kampung," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Rabu.

Keadaan Sungai Johor yang berwarna putih susu tercemar akibat daripada aktiviti perlombongan di Kota Tinggi, Johor. - Kredit foto Facebook ADUN Skudai Marina Ibrahim
Keadaan Sungai Johor yang berwarna putih susu tercemar akibat daripada aktiviti perlombongan di Kota Tinggi, Johor. - Kredit foto Facebook ADUN Skudai Marina Ibrahim

Jumaat lalu, pencemaran lumpur di hulu Sungai Johor disedari penduduk pada pukul 7 pagi akibat insiden kolam cucian pasir yang pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang.

Susulan itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata, paras kekeruhan air meningkat kepada 37,400 unit Nephelometric Turbidity Unit (NTU) berbanding paras normal sekitar 400 NTU.

Katanya, kerajaan negeri juga telah mengambil langkah segera meningkatkan pelepasan air dari Empangan Linggiu bagi mencairkan lumpur dan mengurangkan tahap kekeruhan di Sungai Johor

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ab Rahaman berkata, siasatan terhadap kes pencemaran itu tidak dijalankan pihak polis sebaliknya dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Malah katanya, pihak Ranhill SAJ juga turut menjalankan siasatan sendiri dan peranan pihak polis lebih kepada pemantauan bagi memastikan tiada kejadian luar jangka berlaku.

"Pihak terbabit juga didapati beroperasi secara sah dan mempunyai permit daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Tinggi," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Lagi empat laporan polis diterima membabitkan pencemaran Sungai Johor yang menjejaskan bekalan air 1.8 juta isi rumah dan 150 nelayan
  • Jumlah laporan polis yang diterima meningkat kepada tujuh sejak 31 Oktober lalu
  • Pencemaran berpunca daripada insiden kolam cucian pasir yang pecah
  • Siasatan kes pencemaran dikendalikan oleh JAS dan SPAN, peranan pihak polis lebih kepada pemantauan bagi memastikan tiada kejadian luar jangka berlaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!