RUU Perbekalan 2026 lulus peringkat dasar

Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 di peringkat dasar pada Selasa.
Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 di peringkat dasar pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) di peringkat dasar selepas selesai perbahasan peringkat dasar.

RUU tersebut diluluskan menerusi undi belah bahagi sejurus Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selesai penggulungan bagi Kementerian Kewangan.

Dalam undian tersebut, seramai 120 wakil rakyat bersetuju, manakala 67 tidak setuju sementara 35 tidak hadir.

Mesyuarat yang dipengerusikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul itu ditangguhkan sekitar jam 7.10 malam sebaik undian selesai.

Sesi terakhir penggulungan peringkat dasar RUU Perbekalan 2026 tersebut membabitkan enam kementerian iaitu Kementerian Digital, Kementerian Luar, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Kewangan.

RUU berkenaan dibahas pada peringkat dasar pada 13 Oktober hingga 28 Oktober lalu selepas pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Oktober.

Berdasarkan takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung selama 14 hari bermula Rabu.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM419.2 bilion bagi Belanjawan 2026 berbanding RM421 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 di peringkat dasar selepas perbahasan
  • RUU diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 120 wakil rakyat bersetuju
  • Undian menyaksikan 67 tidak setuju sementara 35 tidak hadir
  • Mesyuarat ditangguhkan selepas selesainya undian
  • RUU ini dibahas sejak 13 Oktober dan peruntukan RM419.2 bilion diperuntukkan bagi Belanjawan 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!