PERKESO kaji peluasan Skim Insurans Pekerjaan kepada pekerja gig

Steven Sim pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama
Steven Sim pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diarahkan untuk mengkaji kebolehlaksanaan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) kepada pekerja gig, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

"Buat masa ini sememangnya SIP belum diperluas kepada pekerja gig, namun saya mengarahkan PERKESO untuk mengkaji kebolehlaksanaan skim ini atau skim seumpamanya untuk pekerja gig,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.

SIP adalah skim keselamatan sosial di bawah PERKESO untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan.

Dalam pada itu, Steven berkata, sebanyak 846,907 orang telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Lindung Kendiri) PERKESO dengan 290,122 orang melibatkan e-panggilan dan p-panggilan dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Skim berkenaan diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Steven berkata, kerajaan komited melaksanakan reformasi menyeluruh dalam pasaran buruh bagi memastikan tenaga kerja di Malaysia terus dilindungi dan diberi peluang latihan yang seimbang serta berdaya saing. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PERKESO diarahkan kaji kebolehlaksanaan SIP untuk pekerja gig oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim
  • SIP belum diperluas kepada pekerja gig
  • Sim mengumumkan arahan tersebut semasa perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat
  • Sebanyak 846,907 orang telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO
  • Kerajaan komited melaksanakan reformasi pasaran buruh untuk perlindungan dan peluang latihan tenaga kerja

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!