X

Kindly register in order to view this article
!

Negeri Sembilan hentikan sementara perkhidmatan bas percuma

Datuk Dr Razali Ab Malik - Foto Sumber Internet
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri memutuskan semua perkhidmatan bas percuma Negeri Sembilan dihentikan sementara bermula Jumaat ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu wajar bagi mengurangkan pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang ancaman Covid-19.

"Pemberhentian sementara perkhidmatan bas percuma ini akan melibatkan 2 laluan di Seremban iaitu laluan KM Plaza – Hospital Besar Tuanku Jaafar dan laluan Terminal 1 – Majlis Bandaraya Seremban – UTC Ampangan.

"Pemberhentian sementara perkhidmatan Bas Percuma di daerah Jempol akan melibatkan laluan Terminal Bas Bandar Sri Jempol – Taman Tuanku Puan Chik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan Negeri Sembilan berharap kerjasama penduduk mematuhi semua arahan kerajaan bagi membendung penularan wabak ini di Negeri Sembilan.

Sehingga semalam, Negeri Sembilan telah mencatatkan 109 kes Covid-19 dan Seremban merupakan salah satu daerah tertinggi bagi kes Covid-19.