Warga emas cedera disamun lelaki di Nilam Puri

Salah seorang suspek merompak beg dipegang mangsa dalam kejadian samun di Nilam Puri, Kota Bharu pada Sabtu lalu.
Salah seorang suspek merompak beg dipegang mangsa dalam kejadian samun di Nilam Puri, Kota Bharu pada Sabtu lalu.
A
A
A

KOTA BHARU -Seorang wanita warga emas cedera ringan selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal ketika berada di tepi jalan di Nilam Puri, di sini pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika mangsa berusia 69 tahun baru selesai membeli ikan dan sedang menunggu untuk melintas jalan.

“Sewaktu itu, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 menghampiri pengadu sebelum pembonceng turun dan menarik beg duit dari tangannya.

“Mangsa cuba mendapatkan semula beg duit tersebut namun terjatuh di tepi jalan. Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM50 dan membuat laporan polis.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an termasuk seorang pemilik motosikal yang digunakan dalam kejadian.

“Mereka ditahan pada jam 7.53 malam semalam.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

“Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga emas cedera ringan selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di Nilam Puri
  • Kejadian samun berlaku pada pagi Sabtu ketika mangsa tunggu untuk melintas jalan selepas membeli ikan
  • Mangsa kehilangan RM50 akibat samunan dan telah membuat laporan polis
  • Tiga lelaki tempatan yang terlibat dalam kejadian samun ditahan polis
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kejadian dirakam CCTV

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!