‘Singapura bukan tanah kamu’ - Wanita China cetus kemarahan penduduk tempatan

Video tular seorang wanita warga China bertikam lidah dengan seorang penduduk tempatan di luar sebuah rumah mencetuskan kemarahan rakyat Singapura - Foto: SCREENGRAB: NEW_TEACHER_2815/REDDI
Video tular seorang wanita warga China bertikam lidah dengan seorang penduduk tempatan di luar sebuah rumah mencetuskan kemarahan rakyat Singapura - Foto: SCREENGRAB: NEW_TEACHER_2815/REDDI
A
A
A

SINGAPURA – Seorang wanita warga China mencetuskan kemarahan rakyat Singapura apabila videonya bertikam lidah dengan seorang penduduk tempatan di luar sebuah rumah tular di media sosial.

Dalam kejadian yang dikongsikan oleh pengguna @New_Teacher_2815 pada minggu lalu, wanita warga China itu dilihat merakam pertengkaran sambil memarahi keluarga tempatan.

“Singapura bukan tanah kamu,” katanya dalam bahasa Mandarin semasa pertengkaran tersebut, sambil menggelar keluarga berkenaan sebagai “sampah”.

Wanita tempatan kemudiannya membalas dengan meminta warga China itu meninggalkan Singapura, namun dia menjawab bahawa dia berhak berbuat demikian.

Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan ramai warganet yang menganggap tindakan wanita itu sebagai biadab dan tidak menghormati negara yang didiaminya.

Sebilangan pengguna media sosial menyifatkan situasi itu sebagai ironik dan mengecewakan sambil menggesa keluarga berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga China mencetuskan kemarahan rakyat Singapura kerana pertikaman lidah dengan penduduk tempatan
  • Video pertengkaran itu tular di media sosial
  • Wanita tersebut memarahi keluarga tempatan sambil merakam pertengkaran
  • Dia mengatakan "Singapura bukan tanah kamu" dan menggelar keluarga itu "sampah"
  • Video itu mencetuskan kemarahan netizen yang melihat tindakan wanita itu sebagai tidak menghormati

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!