20,000 rakyat Malaysia daftar sertai misi Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR - Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat mendadak kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka tersebut meningkat berbanding hanya 600 pendaftaran rakyat Malaysia sebelum misi GSF dijalankan.
“Enam ratus orang Malaysia daftar untuk ikut GSF melalui laman webnya sebelum misi.
“Namun selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan 495 aktivis termasuk 23 dari Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.
Ringkasan AI
- Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla meningkat kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu berakhir
- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, menyatakan peningkatan signifikan berbanding dengan hanya 600 pendaftaran sebelum misi
- Sebelum misi GSF dijalankan, hanya enam ratus orang Malaysia yang mendaftar melalui laman webnya
- Selepas misi berakhir, jumlah pendaftaran mencapai 20,000 orang
- Rejim Israel memintas dan menahan 495 aktivis dari 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza termasuk 23 dari Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

