Mega Million 3.0: Agrobank tawar ganjaran RM2.5 juta

Antara hadiah menarik ditawarkan menerusi Kempen Mega Million 3.0 termasuk Ford Ranger Raptor, Proton X50, motosikal Modenas Elit 150S, sijil simpanan AgroPrimaS dan kepingan emas dengan nilai keseluruhan melebihi RM2.5 juta.
Antara hadiah menarik ditawarkan menerusi Kempen Mega Million 3.0 termasuk Ford Ranger Raptor, Proton X50, motosikal Modenas Elit 150S, sijil simpanan AgroPrimaS dan kepingan emas dengan nilai keseluruhan melebihi RM2.5 juta.
A
A
A

AGROBANK melancarkan Kempen Mega Million 3.0 bermula 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2026 dengan keseluruhan ganjaran bernilai lebih RM2.5 juta kepada pelanggan di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen tersebut menawarkan hadiah utama berupa sebuah Ford Ranger Raptor serta cabutan bulanan bagi sebuah Proton X50.

“Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai, motosikal Modenas Elit 150S, sijil simpanan AgroPrimaS dan kepingan emas menerusi cabutan di seluruh negara.

“Hadiah-hadiah itu ditawarkan melalui produk AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, penulisan wasiat dan Motor Takaful dengan keseluruhan ganjaran melebihi RM2.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, Kempen Mega Million 2.0 sebelum ini telah mencapai jumlah keseluruhan deposit melebihi sasaran terkumpul semasa iaitu sebanyak 160 peratus.

“Menerusi kempen ini juga, produk-produk perbankan lain yang ditawarkan turut menunjukkan peningkatan positif.

“Mega million 3.0 bukan sekadar penghargaan bank kepada pelanggan kami malah satu inisiatif memupuk kepentingan perancangan kewangan strategik kepada setiap lapisan masyarakat,” ujarnya.

Menurut beliau, produk- produk yang ditawarkan oleh Agrobank direka dengan teliti bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

“Ia sekali gus membantu mereka mencapai kestabilan kewangan yang mampan” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Maklumat lanjut mengenai Kempen Mega Million 3.0 boleh didapati di semua cawangan Agrobank atau melalui laman web rasmi di www.agrobank.com.my.

 

 

Ringkasan AI

  • Agrobank melancarkan Kempen Mega Million 3.0 dari 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2026 dengan ganjaran lebih RM2.5 juta
  • Hadiah utama adalah sebuah Ford Ranger Raptor dan cabutan bulanan bagi sebuah Proton X50
  • Pelanggan boleh memenangi hadiah wang tunai, motosikal Modenas Elit 150S, sijil simpanan AgroPrimaS dan kepingan emas
  • Hadiah ditawarkan melalui produk seperti AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS dan lain-lain dengan keseluruhan ganjaran melebihi RM2.5 juta
  • Kempen ini sebagai penghargaan kepada pelanggan dan memupuk kepentingan perancangan kewangan strategik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!