Dituduh curi 'power bank', kanak-kanak lelaki cedera dibelasah

Tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu.
Tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Gara-gara dituduh mencuri sebuah 'power bank', seorang kanak-kanak lelaki cedera dibelasah beberapa individu di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dakwaan kononnya mangsa berumur 12 tahun mencuri 'power bank' milik rakan kepada salah seorang suspek.

"Mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis Setapak 17850/25 dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, susulan itu tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun diberkas di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki cedera dibelasah kerana dituduh mencuri 'power bank' di PPR Kuala Lumpur
  • Dakwaan mencuri 'power bank' melibatkan mangsa berumur 12 tahun
  • Mangsa mengalami luka kecil dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur
  • Tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun ditangkap untuk siasatan
  • Siasatan polis masih berjalan dan akan melengkapkan kertas siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!