[VIDEO] 'Pak guard' terima lebih 2,000 hadiah, diraikan seperti raja sehari sempena hari persaraan

A
A
A

JELI - [KEMAS KINI] Seorang 'pak guard' yang dikenali sebagai Wahab Deris, 64, tidak dapat menahan sebak selepas menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2, di sini sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu.

Sudahnya kesemua hadiah diterima itu terpaksa diangkut dengan menggunakan dua kereta untuk dibawa pulang ke rumah kerana jumlahnya terlalu banyak. 

Seorang 'pak guard' yang dikenali sebagai Wahab tidak dapat menahan sebak selepas menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di SK Jeli 2 sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu sehingga perlu diangkut menggunakan dua buah kereta.
Seorang 'pak guard' yang dikenali sebagai Wahab tidak dapat menahan sebak selepas menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di SK Jeli 2 sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu sehingga perlu diangkut menggunakan dua buah kereta.

Namun momen paling indah buat bapa kepada empat orang anak dari Kampung Gemang itu apabila dirinya diraikan seperti raja sehari dengann bersanding di atas pelamin khas.

Kebiasaannya majlis semeriah tersebut diadakan khusus untuk menyambut persaraan guru, namun ia berbeza apabila melibatkan pengawal keselamatan sekolah dan ia merupakan idea Guru Besar SK Jeli 2, Salmiah Mat Nawi sendiri.

Menurut Wahab, sebagai pengawal keselamatan yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sekolah tersebut, hari persaraanya itu cukup indah.
Menurut Wahab, sebagai pengawal keselamatan yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sekolah tersebut, hari persaraanya itu cukup indah.

Lagi mengharukan, Wahab berpeluang bersanding buat pertama kalinya bersama isteri tercinta, Zauwiyah Abdul Rani, 59, selepas usia perkahwinan mereka mencecah 43 tahun.

Artikel Berkaitan:

Menurut Wahab, semasa berkahwin dulu mereka tidak bersanding kerana hidup susah dan tidak menyangka masih diberikan peluang untuk merasai pengalaman tersebut.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada guru besar, semua guru dan pelajar yang sudi meraikan saya sebegini meriah pada hari persaraan.

"Saya dan isteri juga sangat terharu apabila diraikan seperti pengantin baharu, malu pula apabila kena duduk bersanding di depan semua," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebagai pengawal keselamatan yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sekolah tersebut, momen hari persaraanya itu cukup indah.

Ujar datuk kepada 10 orang cucu itu, kasih sayang dan layanan baik yang diterima daripada guru serta pelajar merupakan rezeki dari ALLAH buatnya.

Ringkasan AI

  • Seorang 'pak guard' di SK Jeli 2, Wahab Deris, menerima lebih 2,000 hadiah sempena persaraan
  • Diraikan seperti raja dan diarak menggunakan dua kereta serta bersanding di atas pelamin khas
  • Majlis persaraan yang unik ini adalah idea Guru Besar SK Jeli 2, Salmiah Mat Nawi
  • Wahab bersanding buat pertama kali dengan isterinya selepas 43 tahun perkahwinan
  • Pengawal keselamatan yang berkhidmat selama 12 tahun itu merasakan kasih sayang dari guru dan pelajar sebagai rezeki dari Allah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!