Polis bongkar premis hiburan tanpa lesen, gaji GRO asing, jual arak haram

Serbuan menerusi Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 2.30 hingga 5 pagi.
Serbuan menerusi Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 2.30 hingga 5 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Taktik licik beberapa premis hiburan di ibu negara yang beroperasi tanpa lesen sah dan menggaji pekerja warga asing tanpa permit serta menjual minuman keras tanpa kebenaran terbongkar selepas diserbu polis dalam operasi khas awal pagi Ahad.

Serbuan menerusi Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 2.30 hingga 5 pagi itu membawa kepada tangkapan 14 individu termasuk lima wanita warga Thailand yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Antara individu yang diperiksa dalam serbuan dijalankan.
Antara individu yang diperiksa dalam serbuan dijalankan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi membabitkan enam premis hiburan di sekitar ibu kota.

"Operasi dijalankan susulan aduan yang diterima serta risikan berterusan terhadap kegiatan tidak bermoral tersebut.

"Dalam serbuan itu, polis menahan 14 individu berusia antara 22 hingga 45 tahun terdiri daripada satu lelaki tempatan, dua lelaki warga Cina, tiga lelaki India, seorang lelaki warga Bangladesh, lima wanita warga Thailand dan dua wanita warga Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pengunjung premis bagi tujuan dokumentasi dan saringan lanjut.
Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pengunjung premis bagi tujuan dokumentasi dan saringan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemeriksaan turut dijalankan terhadap 129 individu berusia 23 hingga 50 tahun bagi tujuan dokumentasi dan saringan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis-premis terbabit bukan sahaja beroperasi tanpa lesen hiburan sah, malah turut menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja serta menjual minuman keras tanpa lesen.

"Polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan termasuk dua sistem DJ, empat pembesar suara, dua amplifier, empat mikrofon, lima keping resit perniagaan serta lima botol minuman keras pelbagai jenama, selain wang tunai berjumlah RM799," katanya.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55B, 39(b) dan 6(1)(c) Akta Imigresen, serta Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

"Polis Kuala Lumpur akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras kegiatan hiburan tanpa lesen dan penggunaan pekerja asing tanpa permit sah di premis hiburan sekitar ibu kota," katanya.

Ringkasan AI

  • Premis hiburan di Kuala Lumpur beroperasi tanpa lesen sah dan menggaji pekerja asing tanpa permit
  • Serbuan polis menghasilkan tangkapan 14 individu termasuk lima wanita warga Thailand
  • Operasi melibatkan enam premis hiburan dan dijalankan susulan aduan masyarakat dan risikan
  • Premis-premis ini juga menjual minuman keras tanpa lesen
  • Polis merampas peralatan hiburan dan barang bukti lain termasuk wang tunai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!