Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Suami isteri mengaku tidak salah tawar pakej haji tanpa lesen sah

09 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menawarkan pakej haji dengan menerima transaksi bayaran daripada seorang wanita berjumlah RM81,000 tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Mhd Lihan Sabari, 60 yang merupakan pekebun sawit dan Noor Nisrin Mahlim, 58, didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2)(a) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737774/berita/semasa/suami-isteri-mengaku-tidak-salah-tawar-pakej-haji-tanpa-lesen-sah

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!

  25–27 Julai

  9 pagi – 12 tengah malam

  Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #tipupakejhaji #KarnivalSiangMalam