Murid terjatuh lubang kumbahan: Kes diklasifikasikan NFA - Polis

Laporan Sinar Harian pada 27 September lalu.
Laporan Sinar Harian pada 27 September lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang murid maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pada 27 September lepas, dengan kes diklasfikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setakat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata siasatan terperinci mendapati insiden itu merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah atau penglibatan mana-mana pihak dikesan.

"Sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan kemudian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum ia dikategorikan sebagai NFA.

"Daripada siasatan, kami berpuas hati bahawa kes itu adalah satu kemalangan,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu. 

Pada 27 September lepas, seorang murid Tahun Tiga dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Polis telah melengkapkan siasatan kejadian murid maut terjatuh dalam saluran kumbahan di Lenggeng
  • Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut
  • Insiden itu merupakan kemalangan tanpa unsur jenayah
  • Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001
  • Seorang murid Tahun Tiga meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!