Video penderaan seksual tahanan Palestin tersebar

BAITULMAQDIS – Israel sekali lagi berdepan kecaman antarabangsa selepas tularnya satu video yang menunjukkan askar rejim itu mendera secara seksual seorang tahanan Palestin di kem tahanan Sde Teiman.
Rakaman tersebut, yang disiarkan oleh Channel 12 Israel pada Ogos 2024, menunjukkan sekumpulan askar membawa seorang tahanan ke tepi, mengelilinginya dengan perisai rusuhan bagi menutup pandangan kamera sebelum mencucuk bahagian duburnya dengan objek tajam. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Insiden itu kembali mencuri tumpuan pada akhir Oktober 2025 selepas siasatan terhadap kebocoran video berkenaan memaksa Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, meletak jawatan selepas mengaku bertanggungjawab atas penyebarannya.
Tomer-Yerushalmi, yang kini disiasat oleh polis tentera, berkata beliau meluluskan pelepasan bahan kepada media bagi menangkis propaganda palsu terhadap pihak berkuasa undang-undang tentera.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang maklumat yang keluar dari unit saya,” katanya dalam surat peletakan jawatan.
Peletakan jawatan itu dibuat selepas lima askar simpanan Israel didakwa atas kesalahan penderaan berat dan menyebabkan kecederaan serius terhadap tahanan Palestin tersebut.
Insiden ini sekali lagi menguatkan dakwaan pelbagai badan hak asasi antarabangsa bahawa Israel melakukan penderaan dan kekejaman terhadap tahanan Palestin secara sistematik sejak perang Gaza tercetus pada Oktober 2023. – Agensi
Ringkasan AI
- Israel berdepan kecaman antarabangsa kerana video penderaan seksual terhadap tahanan Palestin
- Video itu menunjukkan askar Israel mencucuk bahagian dubur tahanan dengan objek tajam
- Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, letak jawatan kerana bertanggungjawab atas penyebaran video
- Lima askar simpanan Israel didakwa atas penderaan berat dan kecederaan serius terhadap tahanan
- Insiden ini menguatkan dakwaan penderaan terhadap tahanan Palestin secara sistematik sejak perang Gaza Oktober 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

