Covid-19: Tiga remaja didakwa langgar PKP

Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
A
A
A

TAIPING - Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini, kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Tertuduh, Lim Chun Hoe, 19, bersama dua rakannya masing-masing berumur 15 dan 16 tahun ditahan di dalam sebuah kereta di Jalan Air Kuning, di sini pada 22 Mac, jam 3 pagi

Berdasarkan pertuduhan, mereka menaiki sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun didakwa tidak mematuhi arahan penguatkuasaan PKP dengan bergerak dari Taman Sungai Mas, di sini ke Jalan Air Kuning.

Chun Hoe bersama remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh berusia 15 tahun pula dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika pelaksanaan PKP.

Ketika pertuduhan dibacakan tertuduh mengakui tidak memahami sepenuhnya isi kandungan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Majistret Adibah Abdul Kadir kemudiannya memutuskan sebutan semula kes tersebut pada 4 Mei dengan kehadiran jurubahasa Cina dengan dialek Hokkien.

Artikel Berkaitan:

Kesemua tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Dzulaika Mohamad dibenar diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Faakihin Ahmad Fauzi.