Muhyiddin perlu letak jawatan demi pulihkan parti – Bersatu Sepang

SEPANG – Beberapa pihak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur daripada kepimpinan tertinggi parti bagi memulihkan kestabilan dan memperkukuh perpaduan dalaman.
Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali berkata, gesaan itu bukan sahaja datang daripada beberapa pihak dalam parti, malah turut disuarakan oleh akar umbi dan kepimpinan bahagian yang tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan konflik dalaman serta kemerosotan sokongan terhadap Presiden parti itu.
“Sekiranya Tan Sri Muhyiddin berundur sekarang, ia akan dianggap sebagai tindakan terhormat serta mencerminkan kepimpinan yang mendahulukan kepentingan parti berbanding kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, jika Muhyiddin terus mempertahankan jawatan tanpa sokongan majoriti, dikhuatiri Bersatu akan berdepan perpecahan dan kehilangan kekuatan politik menjelang pilihan raya akan datang, sekali gus menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN).
“Gesaan ini bukan didorong oleh kebencian, sebaliknya merupakan peluang terakhir untuk parti melaksanakan penyusunan semula kepimpinan, memperkukuh kepercayaan dalam kalangan ahli serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Bersatu,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Beberapa pihak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur
- Gesaan berundur untuk memulihkan kestabilan dan memperkukuh perpaduan dalam parti
- Gesaan juga datang dari akar umbi dan kepimpinan bahagian yang tidak puas dengan pengurusan konflik dan sokongan terhadap Muhyiddin
- Berundur dianggap sebagai tindakan terhormat dan mendahulukan kepentingan parti
- Muhyiddin yang terus mempertahankan jawatan tanpa sokongan majoriti boleh menyebabkan parti berpecah dan kehilangan kekuatan politik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

