Program My Gaya Month catat jualan RM1.5 juta

Pereka fesyen yang merupakan ahli-ahli MBDA yang terlibat secara langsung sepanjang program MGM 2025 di Pavilion Bukit Jalil menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Rohaizi (sepuluh dari kanan).
Pereka fesyen yang merupakan ahli-ahli MBDA yang terlibat secara langsung sepanjang program MGM 2025 di Pavilion Bukit Jalil menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Rohaizi (sepuluh dari kanan).
A
A
A

PROGRAM My Gaya Month (MGM) 2025 anjuran Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM1.5 juta dengan kehadiran 1.8 juta pengunjung direkodkan sepanjang tempoh penganjuran di Pavilion Bukit Jalil.

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Rohaizi Bahari berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan berbanding penganjurannya sebelum ini.

Beliau berkata, program berkenaan berlangsung selama sebulan bermula 2 Oktober hingga 31 Oktober 2025 di bawah inisiatif jualan bertema Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

“Kejayaannya bukan diukur melalui angka semata-mata, tetapi mesej dan kisah produk kita sampai kepada pengunjung,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penutupan My Gaya Month 2025 di Pavilion Bukit Jalil, di sini pada Khamis.

Majlis penutup berkenaan turut dihadiri oleh Presiden MBDA, Rasta Rashid, Pengasas dan Pengerusi MBDA, Bon Zainal Harun dan Pengasas Islamic Fashion Festival, Datuk Seri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah.

Rohaizi menambah, setiap produk tempatan mempunyai kisah dan penceritaan tersendiri yang menjadi nilai tambah kepada jenama Malaysia.

“Sebagai contoh, keunikan budaya pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bugis, Orang Asli serta etnik Borneo wajar diterjemahkan dalam hasil rekaan.

Sementara itu dalam majlis yang sama, seramai tujuh pereka dan wakil institusi akademik menerima anugerah My Gaya Month 2025.

Difahamkan MGM 2025 menjadi bukti komitmen MBDA dalam memperkasakan pereka tempatan, memartabatkan Malaysia sebagai hab fesyen dan kreativiti serantau serta menyokong aspirasi nasional KBBM.

Artikel Berkaitan:

Mengenengahkan tema #Gayalnspirasi, acara tahunan yang meraikan fesyen, budaya dan keusahawanan itu melibatkan penyertaan lebih 40 jenama tempatan dan 10 institusi akademik.

Penganjuran MGM 2025 merupakan hasil kerjasama strategik antara KPDN dengan Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA).

Selain reruai jualan, MGM 2025 turut menampilkan forum dan sesi bicara industri fesyen, pelancaran produk baharu, bengkel gaya dan penataan, sesi ramah mesra bersama pereka, selebriti serta pempengaruh serta pertandingan kostum animasi.

INFO

Anugerah untuk akademi:

1. MGM 2025 Special Award – UNITAR International University

2. MGM 2025 Best Design & Creative Award – Tunku Abdul Rahman University of Management & Technology (TAR UMT)

3. MGM 2025 Most Promising Designer Award – Kolej Vokasional ERT Setapak (Kverts)

 

Anugerah untuk pereka:

1. MGM 2025 Special Award – Maddy

2. MGM 2025 Best RTW Designer Award – Kalima

3. MGM2025 Best Performance Award – Kashfi Zulkufli

4. MGM 2025 Best Design & Creative Award – Yanareka

5. MGM 2025 Most Promising Designer Award – Azhar Zainal x Fluffy Land x HHM

6. ⁠ MGM 2025 Highest Sales Award – Rushai Leather

7. MGM 2025 Best Designer – Kalai House of Linen

 

 

Ringkasan AI

  • Program My Gaya Month 2025 mencatat jualan RM1.5 juta dengan 1.8 juta pengunjung di Pavilion Bukit Jalil
  • Acara berlangsung sebulan bermula 2 Oktober hingga 31 Oktober 2025 dalam Kempen Beli Barangan Malaysia
  • Dihadiri Presiden MBDA Rasta Rashid dan Pengasas Islamic Fashion Festival Datuk Seri Raja Rezza Shah
  • Tujuh pereka dan wakil institusi akademik menerima anugerah My Gaya Month 2025
  • Kerjasama antara KPDN dan MBDA menyokong aspirasi KBBM melalui penyertaan lebih 40 jenama tempatan dan 10 institusi akademik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!