Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku pada Khamis. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku pada Khamis. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini pada Khamis.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam memaklumkan bahawa sebanyak 80 dokumen hasil diterima dan diluluskan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.

Dokumen berkenaan termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia hasil daripada Sidang Kemuncak ASEAN+3, Sidang Asia Timur (EAS), Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan Pemimpin Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menurut PMO, satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja yang disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina, secara simboliknya menandakan peralihan kepimpinan ketika Malaysia memasuki fasa akhir selaku pengerusi bagi 2025. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku
  • Perdana Menteri mempersembahkan tentang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Sebanyak 80 dokumen hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diterima dan diluluskan
  • Dokumen termasuk kenyataan bersama ASEAN dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun
  • Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja disaksikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!