Linda Rafar umum tarik diri daripada kumpulan Elite

Linda Rafar
Linda Rafar
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Linda Rafar, 47, hari ini umum menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.

Perkara itu dikongsikan Linda menerusi platform Threads, dengan luahan emosi yang menyentuh hati peminat.

“Hanya kepada ALLAH aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat bersama Elite lagi.

"Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga ALLAH kuatkan Linda dalam apa juga keadaan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Keputusan itu diambil hanya sebulan selepas Linda kembali bergabung untuk menjayakan konsert Elite Live 25 di Plenary Hall, KLCC pada 23 Jun lalu.

Walaupun tidak menyatakan punca tindakan, namun ia dipercayai berkait rapat dengan tekanan emosi dialaminya semasa sidang media konsert tersebut.

Peminat dan rakan artis tampil memberikan sokongan moral kepada Linda, menyifatkan keputusannya sebagai langkah terbaik demi kesihatan mental dan kesejahteraan peribadinya. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PENYANYI dan pelakon Linda Rafar umum menarik diri daripada aktiviti bersama kumpulan Elite
  • Keputusan berdasarkan emosi dan ditulis di Threads
  • Linda meminta maaf kerana tidak dapat bersama Elite lagi
  • Keputusan diambil sebulan selepas konsert Elite Live 25 di KLCC
  • Tekanan emosi semasa sidang media konsert dipercayai punca tindakan Linda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!