Populariti Trump menurun

Trump
Trump
A
A
A

WASHINGTON - Tahap populariti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan merosot ke paras terendah sepanjang pentadbirannya, apabila semakin ramai rakyat tidak berpuas hati dengan cara beliau menangani isu kos sara hidup, menurut tinjauan baharu oleh Reuters/Ipsos.

Tinjauan selama tiga hari yang berakhir pada Ahad itu menunjukkan hanya 40 peratus rakyat Amerika meluluskan prestasi Trump sebagai presiden, berbanding 42 peratus dalam tinjauan 15–20 Oktober. Popularitinya kekal berlegar dalam lingkungan satu hingga dua peratus sejak pertengahan Mei.

Sementara itu, jumlah mereka yang tidak meluluskan kepimpinan Trump meningkat daripada 52 peratus pada Mei kepada 57 peratus dalam tinjauan terkini.

Trump memenangi pilihan raya tahun lalu dengan janji untuk menangani lonjakan inflasi yang telah menjejaskan pendahulunya, Demokrat Joe Biden.

Namun, rakyat kini memberikan markah rendah terhadap cara beliau menguruskan peningkatan kos kehidupan, dengan dua kali ganda lebih ramai responden tidak bersetuju berbanding yang menyokong.

Kadar inflasi di AS meningkat sejak Trump memegang jawatan pada Januari, walaupun pasaran pekerjaan menunjukkan kelemahan, menyebabkan bank pusat negara itu menurunkan kadar faedah.

Tinjauan itu juga menunjukkan rakyat hanya mempunyai kebimbangan sederhana terhadap penutupan kerajaan yang sedang berlaku, kini menjadi yang kedua terpanjang dalam sejarah AS yang menyebabkan ratusan ribu kakitangan persekutuan bercuti tanpa gaji.

Sebanyak 29 peratus responden berkata, mereka tidak kisah atau malah gembira dengan penutupan kerajaan, manakala 20 peratus berasa marah, dan 50 peratus menyatakan mereka berasa kecewa.

Kebanyakan responden berkata penutupan itu tidak memberi kesan ketara terhadap kehidupan mereka.

Artikel Berkaitan:

Walaupun Parti Republikan pimpinan Trump menguasai kedua-dua dewan Kongres, Parti Demokrat terus menyekat rang undang-undang perbelanjaan di Senat, menuntut agar subsidi insurans kesihatan yang dijangka tamat hujung tahun ini dilanjutkan.

Sikap Parti Demokrat itu nampaknya mendapat sokongan besar daripada rakyat. Sekitar 73 peratus responden mahu subsidi insurans diteruskan walaupun ia dijangka meningkatkan defisit bajet persekutuan tidak banyak berubah berbanding tinjauan awal bulan ini.

Tinjauan yang dijalankan secara dalam talian itu melibatkan 1,018 orang dewasa di seluruh AS, dengan margin ralat tiga mata peratusan bagi pandangan umum rakyat Amerika, dan enam mata peratusan bagi pandangan pengikut Parti Republikan dan Demokrat.-Agensi

Ringkasan AI

  • Populariti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, merosot ke paras terendah sepanjang pentadbirannya kerana ketidakpuasan rakyat terhadap penanganannya terhadap isu kos sara hidup
  • Tinjauan Reuters/Ipsos menunjukkan hanya 40 peratus rakyat Amerika meluluskan prestasi Trump
  • Jumlah yang tidak meluluskan kepimpinan Trump meningkat menjadi 57 peratus
  • Rakyat memberikan markah rendah kepada Trump dalam pengurusan peningkatan kos kehidupan
  • Tinjauan itu juga menemukan kebimbangan sederhana terhadap penutupan kerajaan yang sedang berlaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!