Senat Amerika tolak tarif Trump terhadap Kanada

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan satu resolusi bersama yang bertujuan menolak pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump terhadap Kanada, lapor Anadolu Ajansi.

Dengan undian 50 menyokong berbanding 46 menentang, Senat meluluskan Resolusi Bersama S.J. 77, sekali gus menamatkan pengisytiharan darurat nasional yang digunakan bagi mengenakan cukai ke atas import dari Kanada.

Empat senator Republikan iaitu Rand Paul, Lisa Murkowski, Susan Collins dan Mitch McConnell mengundi bersama parti Demokrat menyokong langkah itu.

Keempat-empat mereka sebelum ini juga menyokong usaha untuk menyekat tarif terhadap Kanada pada April lalu.

Selain itu, Senat turut meluluskan resolusi bagi menamatkan tarif Trump terhadap barangan Brazil termasuk minyak, kopi dan daging lembu pada Selasa.

Meskipun diluluskan di Senat, langkah terbabit dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan, yang berusaha menyekat sebarang percubaan untuk membatalkan dasar tarif Trump. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Senat Amerika Syarikat meluluskan resolusi menolak pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump terhadap Kanada
  • Resolusi tersebut mendapat sokongan 50 senator berbanding 46 yang menentang
  • Empat senator Republikan menyokong resolusi bersama parti Demokrat
  • Senat juga meluluskan resolusi menamatkan tarif Trump terhadap barangan Brazil
  • Langkah ini dijangka berdepan halangan di Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!