Harga RON 95 kekal, RON 97 dan diesel naik enam sen - MOF

Harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter, manakala RON97 dinaikan enam sen kepada RM3.20 seliter.
Harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter, manakala RON97 dinaikan enam sen kepada RM3.20 seliter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter, manakala RON97 dinaikan enam sen kepada RM3.20 seliter bagi tempoh 30 Oktober hingga 5 November ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik enam sen kepada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Selain itu, harga runcit petrol bersubsidi RON 95 dibawah Budi Madani RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

"Penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik," ujarnya.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.60 seliter
  • RON97 dinaikan enam sen kepada RM3.20 seliter
  • Harga runcit diesel naik enam sen kepada RM2.95 seliter di Semenanjung Malaysia
  • Harga runcit petrol bersubsidi RON 95 dibawah Budi Madani RON95 kekal pada RM1.99 seliter
  • Kerajaan akan memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!