Kanak-kanak dikelar selesai jalani pembedahan, keadaan stabil - Polis

BATU PAHAT - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di kediamannya di Parit Raja di sini semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata, kanak-kanak itu juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan mangsa masih belum pulih sepenuhnya.
"Kita masih menjalankan siasatan dengan terperinci bagi mengenal punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa ditemukan dengan kesan kelar di lehernya dan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada kira-kira jam 9 pagi. - Bernama
Ringkasan AI
- Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikelar di leher dengan pisau di Parit Raja, Batu Pahat
- Kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan
- Masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan lanjut
- Kanak-kanak itu sudah boleh bercakap namun keterangan belum direkodkan
- Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
