LZS perluas kempen Anda Hero Asnaf bersama warga bomba Selangor

Majlis pelancaran kempen disempurnakan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari di Dewan Bakawali.
Majlis pelancaran kempen disempurnakan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari di Dewan Bakawali.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperluas pelaksanaan kempen Anda Hero Asnaf kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan anggota pasukan keselamatan.

Langkah itu juga bertujuan menggalakkan pembayaran zakat secara konsisten melalui potongan gaji bulanan dalam kalangan warga bomba di seluruh negeri.

Majlis pelancaran kempen disempurnakan oleh Pengarah JBPM Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor di Shah Alam pada Selasa.

Menurut Mohd Khaidzir, inisiatif tersebut merupakan kesinambungan kejayaan program bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dianjurkan sebelum ini, dan kini diperluas kepada pasukan bomba sebagai simbol semangat wira dalam melindungi masyarakat melalui kebajikan zakat.

“Sebagaimana bomba menjadi benteng keselamatan masyarakat, zakat pula adalah benteng kebajikan ummah. Gabungan dua kekuatan ini melahirkan wira yang bukan sahaja menyelamatkan nyawa di dunia, tetapi juga kehidupan di sisi ALLAH,” ujarnya pada majlis yang menghimpunkan lebih 250 anggota bomba dari seluruh negeri.

Hadir sama, Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun dan Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Siti Aishah Abu Bakar.

Pada tahun lalu, LZS merekodkan kutipan zakat melalui potongan gaji anggota JBPM Negeri Selangor sebanyak RM54,029.33 dengan penyertaan 176 anggota aktif.

Melalui kempen ini, LZS menyasarkan peningkatan kutipan kepada RM100,000 menjelang tahun 2026 dengan potensi Wakalah Majikan sekitar RM12,500 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan kerohanian warga bomba.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan Wakalah Majikan bernilai RM6,753.66 kepada JBPM Negeri Selangor yang akan dimanfaatkan bagi program kebajikan dan kesejahteraan anggota jabatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khaidzir berkata, jumlah berkenaan membuktikan bahawa zakat bukan sekadar tanggungjawab kewangan, tetapi juga kekuatan sosial yang mampu menyatukan masyarakat.

Kempen ini turut menawarkan penyertaan dalam dua kategori sumbangan iaitu Wira Prihatin dengan sumbangan serendah RM10 sebulan dan Wira Harapan dengan sumbangan RM50 sebulan.

Peserta skim berkenaan layak menerima manfaat tambahan seperti perlindungan Khairat dan Siddik, keahlian Muzakki Circle, cenderamata eksklusif serta rebat cukai individu 100 peratus.

Kerjasama strategik antara LZS dan JBPM Negeri Selangor turut membuka peluang bantuan zakat kepada anggota dan pesara bomba memerlukan yang menetap di Selangor melalui proses bancian serta semakan kelayakan secara berperingkat.

Kempen Anda Hero Asnaf kini menjadi platform utama LZS dalam mengajak warga perkhidmatan awam menunaikan zakat secara sistematik, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan antara institusi agama dan pasukan keselamatan demi kesejahteraan masyarakat.

Ringkasan AI

  • Lembaga Zakat Selangor memperluas Kempen Anda Hero Asnaf kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor untuk meningkatkan kesedaran berzakat
  • Zakat ditujukan untuk membantu anggota bomba melalui potongan gaji bulanan
  • Inisiatif ini merupakan sambungan dari kejayaan program bersama Angkatan Tentera Malaysia
  • Tahun lalu, kutipan zakat melalui potongan gaji anggota JBPM Selangor ialah RM54,029.33 dengan penyertaan 176 anggota
  • Kempen ini menawarkan dua kategori sumbangan iaitu Wira Prihatin dan Wira Harapan dengan manfaat tambahan termasuk rebat cukai 100 peratus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!