Lima motosikal rentung di Flat Bukit Panchor

Antara motosikal yang hangus terbakar dalam kejadian di tapak parkir sebuah flat di Lorong Bukit Panchor 4 pada pagi Selasa.
Antara motosikal yang hangus terbakar dalam kejadian di tapak parkir sebuah flat di Lorong Bukit Panchor 4 pada pagi Selasa.
A
A
A

NIBONG TEBAL – Lima motosikal yang diletakkan di kawasan parkir sebuah flat di Lorong Bukit Panchor 4, di sini, musnah terbakar dalam kejadian pada pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam.

“Kebakaran melibatkan lima motosikal yang musnah antara 30 hingga 90 peratus.

“Motosikal yang terlibat dalam kejadian itu antaranya ialah Honda EX5, Honda Dash, Yamaha LC135, Yamaha Y15ZR dan Modenas Kriss,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

John Sagun berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi tamat pada jam 5 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lima motosikal musnah terbakar di kawasan parkir flat di Lorong Bukit Panchor 4, Nibong Tebal
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang terima panggilan kecemasan jam 4 pagi
  • Kebakaran dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam sebelum bomba tiba
  • Motosikal yang terbakar termasuk Honda EX5, Honda Dash, Yamaha LC135, Yamaha Y15ZR dan Modenas Kriss
  • Tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!