Lelaki nekad bakar Porsche demi tuntut insurans

BRAZIL – Seorang lelaki di Brazil bertindak mereka cerita tentang penculikan dirinya dan membakar kereta mewah, Porsche 911 Carrera demi menuntut wang insurans.
Insiden itu berlaku pada 5 Oktober lalu apabila lelaki berkenaan membuat laporan polis di Parana.
Dia mendakwa keretanya telah dihalang oleh sekumpulan individu bersenjata di jalan raya.
Menurutnya, dia telah dimasukkan ke dalam but keretanya sebelum dibawa ke kawasan pedalaman di Lapa dan kemudian kereta itu dibakar.
Mangsa turut mendakwa dirinya terselamat selepas seorang individu yang kebetulan lalu berhampiran mendengar jeritannya dari dalam kenderaan yang sedang terbakar.
Lelaki itu dilaporkan mengalami luka bakar ringan akibat kejadian tersebut.
Namun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah ladang berdekatan menunjukkan tiada sebarang penculikan berlaku.
Sebaliknya, rakaman itu jelas menunjukkan lelaki berkenaan dengan ciri fizikal dan pakaian yang sama sedang menyiram petrol serta menyalakan api pada keretanya sendiri.
Menurut laporan portal G1 Globo, kereta Porsche 911 Carrera keluaran 2018 itu mempunyai tunggakan cukai jalan (IPVA).
Oleh itu, siasatan polis mendapati tindakan membakar kereta tersebut dipercayai dilakukan untuk menuntut wang insurans bagi menampung hutang yang tertunggak.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Brazil membakar keretanya, Porsche 911 Carrera, demi menuntut wang insurans
- Insiden berlaku pada 5 Oktober lalu dengan membuat laporan polis palsu tentang penculikan
- Lelaki itu mendakwa dirinya diselamat oleh individu yang kebetulan lalu apabila mendengar jeritan dari kereta terbakar
- Rakaman CCTV ladang berdekatan membuktikan lelaki tersebut membakar keretanya sendiri
- Kereta Porsche tersebut mempunyai tunggakan cukai jalan, dan tindakan membakarnya dipercayai untuk menampung hutang tertunggak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

