Anwar adakan pertemuan ringkas dengan Trump

Anwar berkesempatan mengadakan pertemuan singkat dengan Trump di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar berkesempatan mengadakan pertemuan singkat dengan Trump di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan ringkas dengan Donald Trump sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berlepas ke Tokyo, Jepun.

Anwar berkata, pertemuan itu memberi peluang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia-AS yang diadakan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi dan keselamatan serantau.

"Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranannya yang penting dalam Perjanjian Damai KL (KL Accord) dan Pelan Damai Gaza, yang kedua-duanya memberi sinar harapan bagi mencapai keamanan yang adil dan berkekalan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Trump, yang tiba di Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, turut mengadakan beberapa mesyuarat bilateral dengan pemimpin serantau.

Presiden AS itu juga menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, bertujuan menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan selama beberapa dekad.

Sidang kemuncak anjuran Malaysia bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan” itu menumpukan kepada usaha memperkukuh integrasi serantau, memperdalam kerjasama ekonomi serta menangani cabaran global, termasuk isu keamanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan ringkas dengan Donald Trump sebelum Presiden AS berlepas ke Tokyo
  • Pertemuan itu memberi peluang meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia-AS termasuk kerjasama dalam perdagangan, teknologi dan keselamatan serantau
  • Anwar menyampaikan penghargaan kepada Trump atas peranannya dalam Perjanjian Damai KL dan Pelan Damai Gaza
  • Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan melaksanakan beberapa mesyuarat bilateral dengan pemimpin serantau
  • Presiden AS menyaksikan penandatanganan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja untuk menyelesaikan pertikaian sempadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!