Lagi anggota trafik terlibat kemalangan ketika iringi delegasi ASEAN

Lagi kes kemalangan melibatkan anggota trafik ketika melaksanakan tugas mengiring delegasi luar negara untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara.
Lagi kes kemalangan melibatkan anggota trafik ketika melaksanakan tugas mengiring delegasi luar negara untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang sedang melaksanakan tugas mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 terlibat kemalangan di Jalan Tun Razak berdekatan susur ke PWTC di sini pada Ahad.

Mangsa berusia 25 tahun berpangkat Lans Koperal menunggang motosikal jenis Honda VFR 800P5 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu menyebabkan anggota terbabit mengalami cedera retak pergelangan tangan kiri dan luka di bibir.

Menurutnya, kemalangan berpunca daripada pemandu kereta Perodua Alza yang tiba-tiba telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.

"Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ini.

Kejadian kemalangan ini merupakan kejadian kedua berlaku ketika konvoi mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Kejadian pertama kira-kira jam 1.10 petang pada Sabtu berlaku di Kilometer 22.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Kuala Langat, mengakibatkan seorang anggota JSPT berpangkat Koperal berusia 35 tahun cedera patah kaki selepas motosikal jenis Kawasaki GTR milik PDRM dilanggar sebuah kenderaan pacuan empar roda jenis Toyota Hilux.

Artikel Berkaitan:

Anggota itu telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang anggota JSPT terlibat dalam kemalangan semasa mengiringi delegasi luar negara untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur
  • Kemalangan berlaku selepas motosikal yang ditunggang oleh anggota tersebut melanggar bahagian belakang kereta yang berhenti mengejut
  • Anggota tersebut dilarikan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut
  • Video kemalangan itu berdurasi empat saat telah tular di media sosial
  • Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku ketika konvoi mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!