'Tinggal selipar dan kopiah'

PASIR MAS – Seorang lelaki berusia 30-an ditemukan lemas selepas di sungai berhampiran benteng Kampung Lanchang, Rantau Panjang di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa dikatakan mandi sebelum hilang dari pandangan.
Seorang pesara, Maptar Othman, 60, yang kebetulan berada di lokasi, menyedari kejadian itu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.
“Saya berada tidak jauh dari lokasi kejadian datang dekat ke tebing sungai itu.
“Ada sepasang selipar dan kopiah dikatakan milik mangsa ditinggalkan atas tebing,” katanya kepada Sinar Harian.
Dia kemudian segera menghubungi Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang yang kemudian tiba di lokasi pada jam 7.19 malam.
“Mangsa timbul sekejap dan dapat dinaikkan pasukan bomba dari sungai,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan II, Hamdan Mamat berkata, bomba dengan kekuatan lapan anggota menjalankan pencarian di permukaan air sebelum meminta bantuan Pasukan Penyelamat Di Air.
“Pada jam 7.55 malam, mangsa berjaya ditemukan berhampiran lokasi dia dipercayai terjatuh.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 30-an ditemukan lemas selepas mandi di sungai Kampung Lanchang, Rantau Panjang
- Mangsa hilang dari pandangan pada jam 6.45 petang
- Seorang pesara, Maptar Othman, 60, menyedari kejadian dan menghubungi 999
- Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang tiba dan berjaya menaikkan mangsa dari sungai
- Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

