Penganggur mengaku salah cederakan anak kandung dengan parang

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun menggunakan parang.
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun menggunakan parang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan sebilah parang, dua hari lepas.

Bagaimanapun, Hakim Dr Azrol Abdullah menetapkan 29 Oktober ini untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi kes berkenaan.

K Vejesh, 49, didakwa dengan sengaja mencederakan anak kandungnya di sebuah unit pangsapuri di Setapak, Wangsa Maju di sini pada 1.30 pagi, 22 Oktober lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang mana tertuduh boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shakila Mohd Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan parang
  • Hakim menetapkan 29 Okt untuk fakta kes dan jatuh hukum
  • Kejadian berlaku di unit pangsapuri Setapak, Wangsa Maju pada 22 Okt
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan
  • Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, atau sebatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!