Pemandu jengkaut dipenjara 5 tahun 'sentuh' remaja dalam bas

Gunah (kiri) dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam bas, Isnin lalu.
Gunah (kiri) dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam bas, Isnin lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Pemandu jengkaut dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam bas, Isnin lalu.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap S Gunah, 47, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 20 Oktober lalu.

Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun satu bulan semasa kejadian dengan cara menyentuh paha dan lengan mangsa bagi tujuan seksual.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 20 Oktober 2025 jam lebih kurang 4 petang semasa dalam perjalanan dari Tampin ke Rembau di sekitar kawasan Bongek,Rembau.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan - kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Mengikut fakta kes, mangsa yang menaiki bas dalam perjalanan dari Tampin ke Rembau telah didekati tertuduh yang mahu bersalam dengannya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa kemudian memberitahu tidak boleh kerana ia haram dan tertuduh secara tiba-tiba memegang mangsa di bahagian paha serta lengan, selain turut memaki mangsa dengan perkataan lucah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan hukuman memberitahu mahkamah yang dia belum berkahwin dan tidak ada sesiapa selain mempunyai pendapatan tidak menentu.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi tertuduh.

 

Ringkasan AI

  • Pemandu jengkaut dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 16 tahun
  • Hukuman bermula dari 20 Oktober, tertuduh juga perlu menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun
  • Perbuatan amang seksual berlaku dalam bas dalam perjalanan dari Tampin ke Rembau
  • Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017
  • Mangsa didekati dan disentuh tanpa keizinannya, disertai dengan kata-kata lucah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!