Empat remaja tak mengaku lakukan amang seksual terhadap pelajar Tingkatan Tiga

Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu. Foto Bernama
Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu. Foto Bernama
A
A
A

 

BALING - Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan sejak Jun lalu.

Keempat-empat remaja berusia 15 dan 17 tahun itu membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, kesemua remaja terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Tiga pertuduhan didakwa dilakukan di ladang sawit Becah Sawa Mukim Siong dan satu pertuduhan didakwa dilakukan di dalam kelas sebuah sekolah di sini pada Jun, Julai dan Ogos lalu.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun boleh dikenakan dan boleh juga dikenakan sebatan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dengan syarat tidak mengganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 27 November depan.

Sebelum ini, media melaporkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar ditahan kerana disyaki terlibat dalam penularan rakaman video serta perbuatan tidak bermoral membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun akan didakwa pada Selasa.

 

 

Ringkasan AI

  • Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan
  • Keempat-empat remaja tersebut berusia 15 dan 17 tahun
  • Kesalahan diduga dilakukan di ladang sawit dan di dalam kelas sebuah sekolah
  • Mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan
  • Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 untuk setiap tertuduh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!