PGA patahkan cubaan seludup 225 liter petrol

Hasil rondaan di kawasan tebing sungai berhampiran dua stor berkenaan menemui beberapa tong jerikin yang disyaki mengandungi bahan api untuk diseludup. Foto: PGA
Hasil rondaan di kawasan tebing sungai berhampiran dua stor berkenaan menemui beberapa tong jerikin yang disyaki mengandungi bahan api untuk diseludup. Foto: PGA
A
A
A

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 225 liter petrol ke negara jiran selepas melakukan serbuan di dua stor haram di kawasan Pok Teh dan Idi Robot di sini pada Khamis.

Pemangku Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Batalion 7 menerusi Op Taring Wawasan antara jam 8.30 hingga 9.45 malam.

Menurut beliau, hasil rondaan di kawasan tebing sungai berhampiran dua stor berkenaan menemui beberapa tong jerikin yang disyaki mengandungi bahan api untuk diseludup.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tong terbabit mengandungi 225 liter petrol dengan nilai anggaran RM585 yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ujar beliau, kesemua rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Ijid memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.

“PGA akan terus memperhebatkan rondaan dan operasi di kawasan sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan Gerakan Am berjaya mematahkan cubaan menyeludup 225 liter petrol ke negara jiran
  • Serbuan dilakukan di dua stor haram di Tumpat, Kelantan
  • Petrol tersebut bernilai anggaran RM585 dan dipercayai untuk diseludup ke Thailand
  • Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pasir Mas
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!