Guni putih berisi 22kg ganja ditinggalkan di sempadan negara

Guni putih yang berisi 22kg ganja yang ditemukan ditinggalkan berhampiran tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada Khamis. Foto PGA Briged Utara
Guni putih yang berisi 22kg ganja yang ditemukan ditinggalkan berhampiran tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada Khamis. Foto PGA Briged Utara
A
A
A

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah dari negara jiran gagal apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas guni putih berisi 22 kilogram ganja yang ditinggalkan berhampiran tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Khamis.

Rampasan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Kompeni B, Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu dalam operasi khas Op Taring Wawasan Kedah/Perlis yang dijalankan di kawasan sempadan Padang Besar.

Menurut Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi turut menemukan satu tiub straw berisi lapan biji pil kuda yang disembunyikan dalam sekotak rokok.

“Tiada tangkapan dibuat dalam operasi ini, namun nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM68,280,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, dadah dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Ganja dengan berat 22kg yang ditinggalkan berhampiran tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada Khamis. Foto PGA Briged Utara
Ganja dengan berat 22kg yang ditinggalkan berhampiran tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada Khamis. Foto PGA Briged Utara

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

“PGA Briged Utara tidak akan berkompromi dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan utara negara.

“Risikan dan operasi dipergiatkan bagi membanteras sindiket dadah yang cuba menjadikan sempadan Perlis dan Kedah sebagai laluan penyeludupan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, PGA Briged Utara menyeru masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku di kawasan masing-masing.

Ringkasan AI

  • Cubaan menyeludup dadah dari negara jiran gagal apabila Pasukan Gerakan Am merampas 22 kilogram ganja
  • Rampasan dilakukan di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar selama operasi khas Op Taring Wawasan Kedah/Perlis
  • Satu tiub straw berisi lapan biji pil kuda turut ditemukan semasa pemeriksaan lanjut
  • Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM68,280
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!