[VIDEO] PN kekal pendirian tolak kehadiran Trump

A
A
A

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur susulan peranan negara tersebut yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis Israel.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, Malaysia mesti mengambil pendirian tegas dan berprinsip terhadap kekejaman rejim Israel dan sekutunya termasuk AS, yang terus menafikan hak rakyat Palestin.

Menurutnya, dunia kini berbicara tentang gencatan senjata di Gaza, namun gencatan tanpa keadilan tidak membawa sebarang makna kerana ia hanya memberi ruang sementara sebelum serangan seterusnya berlaku.

Muhyiddin
Muhyiddin

“Kita tahu gencatan senjata tanpa keadilan hanyalah selang masa antara dua serangan.

“Selagi jenayah genosid berterusan, penjenayah tidak dihukum dan hak rakyat Palestin dinafikan, maka selagi itulah keamanan hanyalah janji palsu dan kosong,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober ini, dengan kehadiran Trump telah disahkan oleh White House.

Artikel Berkaitan:

PN membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden AS, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur susulan peranan negara tersebut yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis Israel.
PN membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden AS, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur susulan peranan negara tersebut yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis Israel.

Muhyiddin menegaskan, PN membantah keras kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi ketika krisis kemanusiaan di Gaza masih berlarutan.

“Jangan ketika rakyat Palestin bermandi darah dan kebuluran di bumi Gaza, Trump disambut dengan gah dan gilang-gemilang di bumi Malaysia.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, Perikatan Nasional menzahirkan kemarahan dan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pentadbiran Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan rejim Zionis Israel ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!