Penuntut Polisas maut, motosikal terbabas langgar kayu

KUANTAN - Seorang penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) maut selepas motosikal ditunggang melanggar bongkah kayu lalu terbabas masuk ke bawah lori sampahdi Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur persimpangan Semambu di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam nahas kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa, Saiful Edry S Sapari, 19, beralamat dari Felda Jengka 14, Bandar Pusat Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, pemandu lori sampah milik syarikat Alam Flora berusia 51 tahun bersama dua kru tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori sampah jenis UDT itu dalam perjalanan dari arah Balok menghala ke arah bandar Kuantan manakala mangsa juga menghala arah sama.
"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX-5 ditunggang mangsa yang bergerak di lorong kecemasan dipercayai terbabas akibat melanggar bongkah kayu sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk ke bawah lori," katanya.
Ashari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 198.
Ringkasan AI
- Seorang penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah maut selepas motosikalnya melanggar bongkah kayu
- Kemalangan terjadi di Jalan Pintasan Kuantan
- Mangsa berumur 19 tahun dari Felda Jengka 14
- Pemandu lori sampah dan dua kru tidak cedera
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

