Lubuk timah haram dibongkar

Sebuah kuari bijih timah di Kampar digempur selepas dikesan menjalankan operasi secara haram tanpa permit di Kampar.
Sebuah kuari bijih timah di Kampar digempur selepas dikesan menjalankan operasi secara haram tanpa permit di Kampar.
A
A
A

KAMPAR – Pihak berkuasa menggempur sebuah kuari bijih timah selepas dikesan menjalankan operasi tanpa permit dan kelulusan sejak Julai tahun lalu.
Operasi Bersepadu Khazanah dilaksanakan Cawangan Risik Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak pada Rabu lalu, selepas melakukan intipan dan risikan selama sebulan.

No Image Caption

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, serbuan berjaya menahan 27 pekerja tempatan dan warga asing termasuk seorang pengurus tapak kuari warga China.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua warga asing ditahan melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat untuk bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

No Image Caption

Beliau berkata, hasil operasi berjaya merampas bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan dan 60 beg berisi bahan mineral kasar seberat kira-kira 30 tan.

“Turut dirampas pelbagai jenis mesin pemprosesan bijih timah dan jentera digunakan untuk kerja kuari.

Jentera digunakan untuk menggali bijih timah disita.
Jentera digunakan untuk menggali bijih timah disita.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM28.7 juta,” katanya.
Shahrum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Perak 2003 manakala pekerja warga asing disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Kejayaan operasi menyelamatkan hasil bumi daripada dicuri individu tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya.

No Image Caption

Beliau menambah, Briged Utara PGA Ulu Kinta akan terus giat melakukan risikan, pengawasan dan rondaan di sekitar Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah bagi mengekang aktiviti menyalahi undang-undang.

No Image Caption

“Kami akan terus komited dan konsisten dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan serta tidak akan sesekali berkompromi dalam menegakkan undang-undang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!